KUALA LUMPUR – Memiliki 3.7 juta pengikut di akaun TikTok, penyanyi, Hasif Upin terus menarik ramai pihak untuk bekerjasama dengannya.
Hasif atau nama sebenarnya Muhammad Hasif Sharuddin kini sebagai duta bijiran sihat Happy Grains memandangkannya sentiasa sibuk dengan pelbagai undangan terutama pada Ramadan ini.
Penyanyi lagu Dilema itu berkata, produk itu sesuai dengan orang bujang sepertinya memerlukan penyediaan makanan yang ringkas, namun berkhasiat untuk kekal aktif sepanjang hari.
Dia sebelum pernah menjadi duta untuk syarikat yang mengeluarkan produk minuman istonik.
“Saya bersyukur dengan dengan pelantikan ini dan diharap dapat membantu meningkatkan lagi penjualan produk dan menarik pelanggan baru di kalangan pengikut di media sosial.
“Pada masa sama, saya harap dapat mempromosi dan memperkenalkan kepada masyarakat mengenai kebaikan Happy Grains,” katanya dalam satu kenyataan.
Hasif, 30, bergelar penyanyi selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group.
Selepas itu, dia muncul dengan single sulung yang berjudul Janji Sampai Mati ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan.
Ketika ini, hampir semua video Hasif dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan anak kelahiran Kota Tinggi, Johor juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.
Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Happy Grains Holdings Sdn. Bhd., Go Kiam Seng memberitahu, sejak diperkenalkan pada tahun 2015, jenama minuman bijirin berkhasiat itu telah terjual sebanyak dua juta botol.
Beliau berkata, pihaknya optimis menerusi promosi berterusan termasuk promosi pakej raya 2023, angka jualannya akan terus meningkat.
“Happy Grains adalah jenama yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah menerima pengiktirafan daripada Asia Halal Brand Awards 2019, jadi pengguna beragama Islam boleh menikmati mana-mana produk Happy Grains tanpa rasa waswas.
“Minuman ini mengandungi 46 jenis nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dan kaya dengan mineral, vitamin B dan serat makanan, ditawarkan dalam tiga perasa yang boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak berusia lapan bulan ke atas,” katanya. – MalaysiaGazette