prabayar internet
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah atas pemergian pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran dalam Facebook, hari ini, Fahmi menzahirkan perasaan sedih atas kehilangan pelakon yang memegang watak ‘King’ dalam filem KL Gangster itu.

“Innalillah. Sedih mendengar berita kehilangan pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Sementara itu, berita pemergian arwah Ridzuan disahkan bekas isterinya yang juga pelakon Didie Alias menerusi hantaran video di Instagram.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, Didie memaklumkan jenazah arwah masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika ini.

“Saya mohon kepada semua sesiapa yang masih ada hutang bersama arwah boleh jumpa saya dan ampunkan, maafkan beliau,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ridzuan Hashim meninggal dunia