KUALA LUMPUR – Sayap UMNO Bahagian Petaling Jaya hampir lumpuh apabila kesemua kepimpinannya bagi penggal 2023-2026 meletakkan jawatan secara beramai-ramai, berkuatkuasa serta-merta, semalam.
Sumber MalaysiaGazette memberitahu, tindakan itu dibuat selepas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling, Noor Hasliza Abu Taib bertindak melepaskan jawatannya, berkuatkuasa 3 Mei lalu.
“Hari ini (8 Mei 2023) kami telah mengadakan perbincangan dan membuat keputusan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya.
“Kami yang menang bertanding bagi penggal 2023-2026 bersama pegawai lantikan dan jawatankuasa dilantik meletakkan jawatan berkuatkuasa 8 Mei 2023,” katanya salah seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya menerusi satu rakaman video, hari ini.
Terdahulu Setiausaha UMNO Bahagian Petaling Jaya, Mohamed Sam A. Wahid menerusi sepucuk surat mengesahkan menerima sepucuk surat yang dihantar Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melalui setiausahanya bertarikh 5 Mei 2023.
Surat itu antara lain menyatakan bahawa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menerima surat perletakan jawatan Noor Hasliza sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya berkuatkuasa pada 3 Mei 2023.
Susulan itu, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya, Nurulfarahshah Jamil dilantik sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya berkuatkuasa serta-merta. – MalaysiaGazette
Bagus idea KETUA Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya LETAK JAWATAN. Mereka boleh menjadi Ahli PKR. Formula mudah…. UMNO PKR adalah SATU ACUAN.. maka sama dan serupa untuk terus memperkukuhkan KERAJAAN.
Pokcik Puad Lokman Adam Hisham Jalil jangan berfikir NEGATIVE.. ZAHID HAMIDI pun menghormati penhijrahan beramai-ramai itu kerana SATU PERJUANGAN untuk KERAJAAN.
goodbye Zahid Hamidi
Dah dapat envelop tebal lah tu.