Kim Min-Jae . Foto oleh Emilio Andreoli/Getty Images

LONDON – Juara Serie A 2022/2023, Napoli pantas meletakkan harga untuk mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkanpemain pertahanan sensasi kelab itu iaitu Kim Min-jae.

Pemain dari Korea Selatan itu kini menjadi sasaran beberapa kelab besar di Eropah seperti Manchester United dan Liverpool khususnya setelah membantu Napoli memenangi Serie A.

Justeru, Napoli perlu bekerja keras untuk meyakinkan Kim dan seorang lagi pemain iaitu Khvicha Kvaratskhelia untuk menandatangani kontrak baharu sekaligus memastikan kedua-dua pemain kekal di Naples.

Sekiranya kedua-dua pemain enggan menandatangani kontrak baharu dan mahu berhijrah ke pasukan lain, Napoli telah meletakkan harga sebesar €60 Juta RM293 juta) untuk mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat Kim Min-jae.

Kontrak semasa Kim mengandungi klausa pelepasan bernilai sekitar €45 juta atau sekitar RM220 Juta yang mana aktif untuk dua minggu pertama jendela perpindahan pada musim panas, tetapi bayaran pendahuluan sebanyak itu sukar untuk mana-mana kelab kerana peraturan Financial Fair Play.

Sementara itu, Manchester United dilaporkan sedang mencari pemain pertahanan tengah baharu bagi menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan yang terus menghantui mereka musim ini.

Kehadiran Kim dilihat dapat menyelesaikan masalah tersebut dan pemain berusia 26 tahun itu bakal menggantikan tempat Harry Maguire yang bakal dijual ke kelab lain. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast