KUANTAN – Lambaian terakhir bekas Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf penuh bermakna di perkarangan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang di sini hari ini.
Ini kerana setelah 692 hari berkhidmat di negeri itu, beliau meneruskan khidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Pada pukul 3 petang tadi, Ketua Polis Pahang baharu, Datuk Yahaya Othman tutut mengiringi Ramli bersama ratusan pegawai, dan anggot memberi tanda hormat.
Para petugas beratur bersalaman di perkarangan IPK malah sebahagiannya menanti di beranda sembilan tingkat bagunan tersebut bagi memberi lambaian terkahir kepada bekas Ketua Polis Pahang ke-34 itu.
Ramli mula berkhidmat di Pahang pada 17 Jun 2021 bersamaan tempoh perkhidmat selama satu tahun 10 bulan dua hari.
Terdahulu pada tengah hari berlangsung sesi Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Pada majlis itu menyaksikan Yahaya dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang ke-35 berkuat kuasa hari ini.
Yahaya yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Ramli pernah berkhidmat di Pahang sebelum ini.
Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluaga polis (PERKEP) Kontijen Pahang yang baharu, Datin Sumarni Haris.
Acryl Sani dalam ucapan menasihati Ketua Polis Pahang yang baharu untuk membimbing dan mengendali kontinjen Pahang dengan sebaiknya.
“Semua ini yang ada di depan Datuk kini adalah pegawai-pegawai Datuk. Your man bukan my man bukan his man bukan somebody else man, it is all your man.
“Tiada anak gangsa, anak perak, anak emas, tembaga dan seumpama. Sama rata selagi masih pakai uniform biru. Kita semua adalah pejuang Sang Saka Biru,” katanya. – MalaysiaGazette
@malaysiagazette Hari terakhir Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf Berkhidmat Di Pahang malaysiagazette Bersara