Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – UMNO menjangka kerjasama bekas sekutunya, Pas yang kini bersama Perikatan Nasional (PN) dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertahan lama, malah sama nasibnya seperti Muafakat Nasional (MN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkahwinan politik antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan terkini cuba berbaik-baik dengan bekas Perdana Menteri hanya bersifat sementara.

“Kita mendengar bahawa perkahwinan muta’ah politik itu pasti dalam bentuk sementara.

“Kita tunggulah apabila retak menanti belah,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini.

Ahmad Zahid berkata, hayat MN adalah bukti kukuh yang mana kerjasama politik parti Islam itu akan gagal di tengah jalan, sama seperti nasib UMNO ketika bersama MN.

“Parti itu dengan siapa pun apabila dia bersengkongkol, pasti parti itu akan ditendang dan diterajang termasuk kita.

“Saya yakin keagungan parti yang disertai parti itu sekarang, apabila kekocakan mula berlaku, saya fikir tidak lama.

“Gabungan itu akan pecah dan rakan kongsi pun akan juga ditendang sebagaimana dia menendang kita.

“Sebenarnya kita terpaksa menendang mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Wartawan Salah tulis atau memang ZAHID HAMIDI ni berputar-putar berbelit-belit beri kenyataan?
    atau Zahid Hamidi kurang oksigen otak?
    semasa perbicaraan Mahkamah selalu SAKIT SAKIT macam TENAT nak merangkak pun tak mampu.
    sihat ke tak sihat ZAHID HAMIDI ni?
    masih boleh percaya ke ZAHID HAMIDI ni?

  2. tak tahu lah . pas semakin kuat dah sokongan orang muda . tunggu sebulan dua lagi kalah betul pas tak perlu buat pakatan lagi dengan sesiapa . dulu pas ingat pn ni bersih sangat . dah terbuka tembelang pn pas pun mula tawar hati . nanti orang kata pas islam pun pandai bersyubhat untok dapat berkuasa .

Comments are closed.