Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Bersatu mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Berisan Nasiona (BN) cemburu dengan perpaduan ummah yang terjalin dalam Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sebenarnya kepimpinan UMNO di bawah presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di ambang perpecahan dan akan ditumbangkan oleh ahli akar umbi mereka sendiri.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, UMNO akan diajar oleh ahlinya sendiri dengan menterjemahkan sokongan padu kepada PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Presiden UMNO kata PN akan berpecah?. Ringkasnya ini adalah kata-kata cemburu dengan ummah PN. Kita tengok semua jamuan majlis raya yang dibuat PN berbanding mereka yang buat yang mana jauh berbeza yang hadir itu lebih berkali ganda berbanding apa yang Zahid buat di Bagan Datuk.

“Jadi ini adalah satu diversion (pengalihan)  Zahid Hamidi yang jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan beliau terhadap UMNO dan BN kerana sebenarnya yang saya dapat dengar dari ramai ahli UMNO, mereka sangat marah tetapi takut mencabar Presiden UMNO.

“Tapi, tunggulah mereka akan tunjukkan sabotaj mereka dalam PRN akan datang..mereka akan undi PN, akar umbi UMNO dan BN akan undi PN kerana mereka tidak boleh menerima perselingkuhan yang ada pada hari ini antara BN dan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir membuat laporan polis bersama Setiausaha Sulit Datuk Seri Hamzah Zainuddin iaitu Ahmad IKhwan Fadhli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal juga menambah, parti komponen BN iaitu MCA dan MIC juga tidak memiliki kerusi di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Beliau juga meramalkan UMNO di Selangor tidak akan mendapat kerusi yang banyak untuk bertanding pada PRN kali ini di Selangor.

“Berapa banyak bahagian UMNO di Selangor akan dapat kerusi-kerusi mereka, pergilah minta dengan DAP, Amanah dan PKR. Saya jamin UMNO akan dapat kerusi paling sedikit di semua negeri-negeri khususnya di Selangor pada PRN nanti.

“Jadi akan ada pemberontakan dalaman berlaku (tuntutan kerusi bertanding) sesama parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kami di PN akan sedia bantu ‘mentalkinkan’ UMNO di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Kedah,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette