Mayat mangsa dibawa oleh anggota polis.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri tempatan ditemui mati di bawah sebuah hotel di Genting Highlands pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kedua-dua mereka yang berusia 37 tahun dari Taiping, Perak ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu dan telah mendaftar masuk di bilik hotel di Genting Highlands.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati dari mula tarikh kedua mangsa berdaftar sehingga tarikh kejadian, tiada siapa melainkan pasangan itu yang keluar masuk bilik.

“Polis mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kes ini. Laporan bedah siasat mendapati kematian suami disebabkan kecederaan besar pada dada manakala isterinya cedera parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan jika ada sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette