Lokasi pesawat terhempas di pergunungan Neuchatel. foto Twitter

BERN – Sebuah pesawat ringan pelancong terhempas di barat Switzerland pada hari Sabtu menyebabkan tiga orang terbunuh.

Polis wilayah mengesahkan kejadian itu berlaku berhampiran sempadan Franco-Swiss di Ponts-De-Martel dekat Neuchatel, kira-kira 150 kilometer di barat Zurich.

Nahas pesawat dilaporkan berlaku sekitar 10.20 pagi (0820 GMT) di kawasan curam dan berhutan di Pergunungan Neuchatel.

Laporan awal menyebut, seorang juruterbang antara mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Perkhidmatan penyelamat dan polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa telah membuka siasatan nahas itu, lapor penyiar RTN. – Agensi