Serangan udara di Khartoum, Sudan merosakkan Kedutaan Qatar, foto Marsal Qatar English

DOHA – Qatar mengecam serangan bersenjata ke atas bangunan kedutaannya di Khartoum baru-baru ini hingga mengakibatkan kerosakan besar pada premis tersebut.

Dalam satu kenyataan rasmi, Kementerian Luar Qatar menegaskan, terdapat keperluan untuk mendakwa pelaku dan meminta mereka bertanggungjawab atas akibat daripada perbuatan jenayah kejam ini yang merupakan pelanggaran undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada kakitangan kedutaan kerana semuanya telah dipindahkan terlebih dahulu, menurut agensi berita Qatar.

Kementerian tersebut turut menggesa “pertempuran di Sudan dihentikan serta-merta” dan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan perselisihan mereka melalui dialog aman.

Sejak 15 April, Sudan telah terlibat dalam pertempuran bersenjata antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Rapid Support Forces di ibu negara Khartoum dan beberapa kawasan lain. – Agensi