LONDON – Bayern Munich dan Manchester United dilaporkan dalam persaingan untuk mendapatkan penyerang sensasi Serbia, Dusan Vlahovic untuk memperkuat barisan serangan pada musim depan.
Namun pakar perpindahan bola sepak dunia, Fabrizio Romano berkata, keputusan untuk mendapat pemain berusia 23 tahun perlu menunggu kata putus kelabnya, Juventus.
Malah dia mendedahkan satu lagi wakil England, Chelsea juga mahu mendapat Vlahovic namun belum mengemukakan bidaan yang dilaporkan bernilai sekitar €80 juta.
Musim lalu, Vlahovic menjaringkan gol kedua terpantas di Liga Juara-Juara dalam aksi sulung Liga Juara-Juara ketika pasukannya diikat 1-1 menentang Villarreal dalam aksi 16 akhir.
Dia menyertai pasukan Turin dari Fiorentina Januari tahun lalu dengan yuran perpindahan tinggi bernilai €70 juta (RM332.86 juta). – MalaysiaGazette