Datuk Ramli Sarip

KUANTAN – Orang ramai yang merindukan persembahan penyanyi lagenda Datuk Ramli Sarip boleh menyaksikan Konsert Blues Untuk Rakyat depan di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota pada 5 Ogos hadapan.

Sebanyak 3,000 tempat duduk disediakan kepada penonton.

Beliau bakal mendendangkan 22 lagu sepanjang konsert dua setengah jam itu dengan iringan lapan pemuzik professional.

“Saya berharap peminat setia Ramli Sarip di Pahang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Konsert Blues Untuk Rakyat yang pasti menghiburkan mereka. Jangan lepaskan peluang bernostagia bersama saya,

“Jadikan Konsert Blues Untuk Rakyat sebagai kenangan tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya,” katanya ketika sidang media Konsert Blues Untuk Rakyat pada semalam.

Tiket konsert dijual antara RM98 dan RM198.

Peminat boleh mendapatkan  tiket menerusi www.ticket2u.com.my yang telah mula dijual.

Kali terakhir penyanyi lagu Teratai itu mengadakan konsert di sini pada tahun 1980an di Stadium Darulmakmur bersama kumpulan Sweet Charity.

“Rindu peminat di Pahang, ketika itu ramai peminat yang datang. Selepas itu saya tidak lagi berpeluang mengadakan konsert di Pahang, sehingga kini.

“Diharap Konsert Blues Untuk Rakyat 5 Ogos ini dapat mengubat rindu peminat di Pahang,” ujarnya.

Ramli akan menyanyikan koleksi lagu-lagu hits yang ada berusia lebih 40 tahun.

Selain itu, beliau akan menyanyikan enam lagu baharu seperti ronggeng rakyat, cinta disebalik musim dan surat cinta Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast