Yahya Jaafar (kiri) bersalaman dengan N Mohd. Hairi Mad Shah.

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah kalah kepada pencabarnya iaitu bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor, Datuk Yahya Jaafar dalam pemilihan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru.

Mohd. Hairi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO meraih 260 undi manakala Yahya mendapat 296 undi.

Proses pembuangan undi bermula pukul 10 pagi tadi berjalan dengan lancar.

Manakala, pengiraan undi dibuat pada pukul 11 pagi.

Pada 18 Mac lalu, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas berlaku dakwaan kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.

Keputusan itu dibuat Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru, Azmi Samin selepas dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Bahagian Johor Bahru, Sonawan Mad Som.

Pada 1 April lalu, UMNO Johor dilaporkan akan mengambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lalu.

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dilaporkan berkata, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman diberi tanggungjawab mengendalikan pemilihan bahagian terbabit. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. patutlah Wak Welanon tak MAHU JAWATAN PRESIDENT dipertandingkan.. KES NANYA ni.. akarumbi MAHU…. BERTUKAR….
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.