Poster sesi 'Temu Anwar' yang akan berlangsung Rabu ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput semua warga Sabah untuk hadir dalam sesi Temu Anwar.

Program yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Rabu ini.

Rakyat negeri itu terutama orang muda berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada perdana menteri.

“Saya ingin menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada hari rabu ini bersamaan 31 Mei 2023 bertempat di Universiti Malaysia Sabah.

“Sesi Temu Anwar ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bertanyakan apa jua soalan secara terus kepada saya,” kata Anwar menerusi media sosial.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.-MalaysiaGazette