PUTRAJAYA – Tidak ada langkah digerakkan untuk menawarkan Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil mengesahkan tiada perjumpaan rasmi di antara pemimpin parti dalam kerajaan tersebut dengan parti Islam tersebut.
“Perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam kalangan 19 pemimpin parti-parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan, tidak juga dibincangkan dalam kalangan pengerusi-pengerusi gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
“Jika ada pun yang mendakwa kononnya bertemu dengan pemimpin atau lapisan kepimpinan berkenaan, itu kami tidak pernah menganggap satu perjumpaan rasmi tidak ada satu move (langkah) pun dibuat ke arah itu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Medyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di Bangunan Perdana Putra.
Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan mengutamakan kestabilan politik.
“Hakikatnya kestabilan politik yang sedang wujud di Malaysia (penting) walaupun kita berbeza pendirian dan pendapat. Ia harus diraikan mengikut tatasusila menangani perbezaan pendapat, kalau mereka faham tentang aspek berkenaan,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas khususnya mengenai dakwaan yang dibuat.
“Oleh demikian apa pun dakwaan yang dikeluarkan mana-mana pihak yang perasan mereka sangat sangat diperlukan mereka harus memperlihatkan dan terjemahnya menerusi perbahasan di Parlimen atau ketika akta-akta tertentu dibentangkan atau pada sidang akan datang.
“Saya serik dengan parti berkenaan, parti ini mereka berkahwin mutaah (sementara) dalam bidang politik.
“Dalam kalangan kami tidak ada yang percaya kepada mereka setelah mereka tidak mengotakan janii dan piagam sebelum ini,” jelasnya.
Terdahulu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa beberapa individu daripada Kerajaan Perpaduan menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.
Perkara yang sama turut disuarakan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.
Namun hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR menegaskan tawaran berkenaan tidak pernah wujud dan bukan datang daripadanya.
Pendirian tersebut dilihat senada dengan penegasan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. – MalaysiaGazette
ZAHID serik dengan PAS mementanglah dah ada ASO-ASO DAP diribanya… ZAHID HAMIDI kata jika ada itu bukan RASMI PARTI… hehehehe sumpah SUMPAH masa PAU itu BUKAN RASMI ke atau SUMPAH KERAMAT SYAITON…
goodbye Zahid Hamidi
Wak jahid nk kincin sapa ni. Dia ingat ni zaman sewa video kat kedai tape ka. Zaman la klip2 wak jahid bersepah2 bukti apa yg cakap dulu dan apa yg cakap skrg. Mmg muka tatau malu masa menipu. Bljr dr cikgu dia la tu..kikiki