Diogo Dalot (kanan). Foto laman web rasmi Manchester United.

LONDON – Pemain pertahanan United, Diogo Dalot secara rasmi melanjutkan kontraknya di Manchester United sehingga Jun 2028 dengan pilihan untuk tambahan tahun berikutnya.

Dalot yang merupakan pemain antarabangsa Portugal menyifatkan kekal bermain untuk Manchester United adalah salah satu penghormatan terbesar yang dimiliki oleh seseorang pemain.

Jelas pemain berusia 23 tahun, kelab itu telah berkongsi beberapa masa yang hebat dalam tempoh lima tahun yang lalu di mana telah meningkatkan permainan dan semangatnya untuk kelab yang tidak pernah luntur sejak itu.

“Kita semua berasa seperti kami berada di permulaan sesuatu yang istimewa dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa saya akan melakukan segala-galanya untuk membantu pasukan ini untuk mencapai matlamat dan membuat peminat bangga dengan pasukan ini,” katanya di laman web kelab.

Dalot menyertai United daripada juara Portugal, Porto pada usia 19 tahun itu selepas dia berjaya memikat pengurus ketika itu, Jose Mourinho untuk dibawa ke Old Trafford dengan kontrak selama lima tahun. – Agensi