Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan untuk meneliti dokumen-dokumen yang diterima dalam satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika pilihan raya umum sebelum ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenal pasti dan menyiasat latar belakang syarikat-syarikat yang dinyatakan dalam aduan.

Ini ekoran aduan seorang individu yang tampil membuat laporan kepada SPRM disokong oleh dokumen tertentu pada 30 Mei yang lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Individu itu, Mohd Rushdan Mohd Yusof, 52, menggesa siasatan terhadap dakwaan PN menerima dana daripada syarikat-syarikat perjudian yang juga digunakan untuk kempen pilihan raya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohd Rushdan tampil ke SPRM, kemuka bukti PN terima wang judi

 

1 Komen

  1. Pernah baca KES ROGOL BUDAK 13tahun sekarang anak budak tu SERUPA macam perogol tu.. Sekarang PEROGOL TU DAH TUA.. dulu KETUA MENTERI MELAKA. Istimewa SEMASA KES dibicara tetiba datang “saksi” kata dirinya perogol SEBENAR.
    KES ini pula PENYIASAT PROFESSIONAL “GAGAL” dan datang saksi membawa BUKTI. camner SYARIKAT JUDI ni? Boleh tiru macam ZAHID ni …..

Comments are closed.