KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 8 Jun 2023 hingga 14 Jun 2023.
Kementerian Kewangan berkata, harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) sepanjang tempoh itu.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette