Pegawai kanan polis kontinjen KL ditahan SPRM selepas disyaki melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan dua pegawai polis berpangkat inspektor, seorang koperal polis serta seorang orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah yang membabitkan Ketua Polis Daerah (KPD) di Pahang.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Pahang antara pukul 5 hingga 7 petang tadi.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan seorang KPD Negeri Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Pegawai yang berusia 53 tahun itu dikatakan menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

Bayaran rasuah ini supaya pegawai tersebut melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Ketua polis daerah Pahang disyaki terima suapan RM1 juta

Tiada kompromi pegawai polis terlibat salah laku – KP Pahang

Mahkamah tolak permohonan reman pegawai kanan polis

SPRM tahan pegawai imigresen Pahang disyaki terima rasuah lebih RM500,000