KUALA LUMPUR – Ahli-ahli dan bekas kepimpinan UMNO yang ‘keluar sekejap’ disarankan supaya meneruskan niat meninggalkan parti selamanya.
Perwakilan UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, mereka yang bertindak keluar itu diharap dapat membersihkan parti dari dalam.
“Kepada yang mahu keluar sekejap, keluar terus pun boleh dan tidak mengapa. Kerana kami masih ada mempertahankan UMNO hari ini,” katanya pada sesi perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, hari ini.
Datu Rosman yang juga Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah berkata, beliau tidak bimbang soal golongan oportunis yang keluar melompat parti.
“Saya tidak tidak khuatir soal jumlah kita semakin sedikit kerana saya lagi bimbang soal kita yang sedikit ini berpecah dan tidak bersatu.
“Kerana saya yakin dan percaya tidak ada kejayaan di dunia ini dicapai dengan perpecahan,” ujarnya.
Justeru bagi mendepani cabaran dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada masa akan datang, beliau berharap tidak berulang lagi episod pengkhianatan.
“Sebab itu hari ini saya berasa sedikit lega kerana ahli UMNO yang ada pada hari ini tidak perlu melalui ujian dan eksprementasi lagi.
“Ahli UMNO yang ada ketika ini pernah melalui era dominan sebagai sebuah kerajaan. 22 bulan sebagai pembangkang, 17 bulan sebagai sebahagian kerajaan dan kini menjadi pelengkap titik noktah kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan.
“Gemilang, kalah dan bangkit semula. Mereka yang ada di sini PAU2023 inilah yang sanggup berkorban dan bergadai harta pastinya setia,” ujar beliau.
Tagline ‘Keluar Sekejap’ merupakan ilham bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan. – MalaysiaGazette
apa punya mereng la Mat Sabah ni… kau minum langkau atau KETOM atau cerut apa yang KAU hisap?
kenyataan “MUDAH” pun sendiri keliru….
… BIMBANG PERPECAHAN BERLAKU… hehehehe bimbang lah dengan KEPALA PERASIT dan TULANG-TULANG teras UMNO yang bervirus didalam tu… Kepala DAH ROSAK segera membusukkan ISI didalamnya.
Hang panas tak tentu hala nape? Biasa yg panas ni pasai makan cili dia yg terasa pedas. Lantak depa la. Tak dak paksa hang baca depa punya pandangan.