KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta, tertinggi sejak penubuhannya sejak 1950.

Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, peningkatan keuntungan itu melonjak sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14
juta.

Lonjakan itu dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan pembiayaan perumahan, selain koperasi dan korporat yang membantu terhadap keuntungan CBP bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2022.

Selain itu, CBP juga mencatatkan peningkatan aset yang tertinggi iaitu sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 28%,” katanya menerusi satu kenyataan.

Baharom berkata, pengumuman dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM).

“Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada tahun 2022,” katanya. – MalaysiaGazette