UMT pelajar
Aksi sekumpulan pelajar UMT yang dilihat dalam video yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) kesal dengan sikap netizen yang memberi kritikan melampau terhadap pelajar yang menghadiri satu majlis di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan, baru-baru ini.

Menurut MPP UMT, kaedah teguran yang digunakan mereka telah mencemarkan nama universiti tersebut dalam media sosial.

Katanya, lebih mendukacitakan apabila imej muka pelajar-pelajar langsung tidak dikaburkan bagi menjaga aib dan privasi mereka.

“MPP UMT meluahkan rasa kekesalan dengan kritikan melampau dan tindakan menghukum pelajar yang terlibat secara semberono.

“Keterlihatan imej UMT sebegitu rupa bakal memberikan kesan kepada kebolehpasaran graduan UMT pada pasaran industri akan datang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Aksi sekumpulan pelajar UMT yang menari semasa menyaksikan konsert yang diadakan pada program anjuran kelab pelajar tular dalam media sosial termasuk Facebook.

Ramai netizen yang mengecam pelajar-pelajar terbabit sambil menyatakan bahawa aksi mereka itu bukan budaya masyarakat di Terengganu.

Pada masa sama, MPP UMT menyambut baik teguran yang diberikan dan akan menambah baik kawalan program pada masa akan datang.

MPP UMT turut menasihatkan kelab-kelab pelajar supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan program supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

“MPP UMT juga menyokong arahan pembatalan aktiviti/program berbentuk konsert di universiti awam sehingga dimaklumkan sebaliknya oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

“MPP UMT mengambil iktibar terhadap insiden ini dan akan bekerjasama erat bersama pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dalam agenda pemerkasaan mahasiswa selari dengan saranan Menteri Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di samping sentiasa mempergiat usaha menanam nilai murni dalam kalangan mahasiswa ke arah menjana graduan yang holistik,” jelasnya.

MPP UMT berharap pelajar-pelajar universiti berkenaan bertenang dan kekal fokus kepada peperiksaan yang bakal dihadapi bulan hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. maklumlah UMT tu di mana..bukan planet asing tetapi di Terengganu..negeri yg diperintah oleh Parti ISLEY yg boleh kelepek tanah kerajaan beri kepada family, memaki hamun, caci cerca, mengkafirkan orang adalah bidang utama mereka..Kalau aktiviti bertentangan dgn konsep mereka tetap salah. Tetapi kritikan bukan dilakukan oleh mereka hanya netizen atau pengikut mereka yg masih ber IQ GORILA .

    • Umt dibawah bidang kuasa kementerian pelajaran, kerajaan negeri tak ada kuasa keatas umt, kalau nak kutuk orang sila baca buku dulu jgn jadi orang gua.

  2. Alaaaa dia punya TNC Hal Ehwal Pelajar pun 2 kali lima…dilantik pun sebab kabel besar dgn Menteri KPT..ye lah bekas pegawai media Menteri KPT kan…bukan sebab cemerlang dlm dunia akademik pun..so perangai tu menjangkit terus kpd students laaa

Comments are closed.