Pelajar UPM bersama bersama Rosita Rahim (tengah, hadapan), Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Lembah Pantai.

KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan PAWE Lembah Pantai, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), untuk menghasilkan kempen media sosial yang dinamik.

Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan program yang dilakukan oleh pelajar UPM dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lembah Pantai, dalam mengetengahkan usaha kolaboratif mereka untuk membawa perubahan positif dalam memperkasakan kelangsungan dan keupayaan hidup warga emas.

Penubuhan PAWE adalah merupakan manifestasi daripada Dasar & Pelan Tindakan Warga Emas Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

PAWE menyediakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti, selain mengambil kira pembangunan potensi yang ada pada golongan warga emas dari segi keupayaan mereka yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat.

Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan NGO.

Penglibatan aktif pelajar UPM bersama PAWE Lembah Pantai adalah menerusi pelbagai anjuran program seperti program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, ceramah kesihatan serta kursus-kursus yang bersesuaian.

Program-program dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati serta mampu mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong peningkatan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

Pelajar telah melancarkan kempen sosial dengan mengoptimakan pengunaan dalam pelbagai ruang media sosial seperti facebook, instagram dan youtube untuk meningkatkan kesedaran, menggerakkan sumber, dan menarik minat komuniti sekitar untuk mengenali PAWE dengan lebih dekat.

Matlamat mereka adalah untuk menyebarkan informasi mengenai usaha-usaha kerajaan dalam memperkasakan kelangsungan dan keupayaan hidup warga emas dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terlibat dalam tanggungjawab sosial korporat.

“Kerjasama antara pelajar UPM dan PAWE Lembah Pantai adalah usaha komitmen kami untuk memupuk individu bertanggungjawab sosial yang menyumbang secara aktif kepada pembangunan masyarakat.

“Kami sentiasa menggalakkan dan menyokong usaha pelajar bagi menghasilkan impak yang baik kepada komuniti setempat melalui program-program yang telah dilaksakan,” kata Pensyarah UPM,Prof. Madya Dr. Nurul ‘Ain Mohd Hassan.

Pelajar UPM dan PAWE Lembah Pantai berharap dapat melibatkan penyertaan yang lebih luas melalui kempen media sosial, menggalakkan orang ramai menjadi peserta aktif dalam khidmat masyarakat dan menyemai perasaan kewajipan terhadap pembangunan masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast