Nik Mohamad Amar Abdullah

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan bersetuju untuk ‘memberikan’ dua kerusi yang bakal ditandinginya kepada Pas di Kelantan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, perkara itu telah dibincang dan dipersetujui oleh Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.

“Setakat ini Bersatu boleh bersetuju dengan cadangan kita iaitu dua kerusi tambahan diberikan kepada Pas dan Bersatu bertanding di enam kerusi lagi.

“Namun keputusan akhir belum diputuskan lagi sama ada kerusi di Dun yang mana,” katanya memetik laporan Harakahdaily Online.

Jelas Mohd Amar, dua kerusi itu pernah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.

Untuk rekod, Bersatu sebelum ini diberikan lapan kerusi dan 37 akan dipertahankan oleh Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast