LONDON – Anak lelaki bekas bintang Manchester United, David Beckham iaitu Romeo menandatangani perjanjian tetap dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Brentford, lapor Mirror.uk.
Ini kerana selepas pemain berusia 20 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang untuk pasukan B sepanjang tempoh pinjaman selama enam bulan.
Romeo pada mulanya menyertai Brentford secara pinjaman dari Inter Miami pada Januari dan beraksi untuk pasukan B.
Namun selepas membuat 15 penampilan untuk pasukan kedua itu, dia telah membuat keputusan berhijrah ke London Barat.
“Kami menambah Romeo ke dalam skuad pada Januari dan dia hebat untuk pasukan ini,” kata bos Brentford B, Neil MacFarlane kepada media.
Malah katanya, Romeo mempunyai penghujung musim yang hebat daripada segi perlawanan baru-baru ini, ketika menentang Manchester City. – MalaysiaGazette