Rohana Jalil

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Beliau meninggal dunia pukul 11.33 malam ekoran komplikasi kebocoran usus yang dihidapinya sebelum ini.

Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal petang semalam.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus. – MalaysiaGazette