KUALA LUMPUR – DAP didesak segera bertindak memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) dan memecat bekas setiausaha publisiti partinya itu, Tony Pua yang mengelar BN sebagai ‘Pakatan Korup’.

Tony didakwa tidak segan silu bertindak biadab dengan menghamburkan penghinaan terhadap BN yang menjadi rakan kerjasama Kerajaan Perpaduan walaupun menyedari kerjasama BN-PH adalah rapuh dan mudah retak pada bila-bila masa.

Ketua Pemuda Umno Jerlun, Nazri Arshat berkata, . BN sebelum ini telah berlapang dada, rela hati berkorban dan sanggup bersama PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, setelah PH mahupun Perikatan Nasional gagal meraih majoriti bagi membentuk kerajaan yang sah pasca PRU15 yang lalu.

Sepatutnya, Kerajaan BN-PH menyemai perpaduan bersama bagi meraih keyakinan rakyat mahupun masyarakat dunia terhadap Kerajaan Perpaduan, sekali gus membina semula ekonomi dan imej negara di pentas antarabangsa.

“Malangnya, Tony pula bertindak songsang matlamat dan tidak berfikir panjang bersikap biadab meretakkan perpaduan Malaysia Madani yang sedang dibina BN-PH, memberi gambaran buruk terhadap kerjasama yang sedang disemai.

” Ibaratnya, Tony khianat meletakkan racun di sumur yang subur, sedangkan BN-PH bertungkus-lumus membajai agar sumur tersebut menghasilkan nikmat kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada hemat beliau, DAP sama sekali tidak wajar membenarkan pentas partinya dicemari pemimpin biadab seperti Pua yang menghina BN sebegitu.

“Sekiranya DAP tidak bertindak memecat Tony dari partinya, ini menandakan parti itu bersetuju dengan kenyataan bekas setiausaha publisitinya itu dan bakal melahirkan persepsi buruk terhadap kerjasama BN-PH.

“Apatah lagi kebiadapan Tony itu berlaku menjelang PRN di enam buah negeri tidak lama lagi, semestinya ia memberi impak negatif kepada imej dan reputasi BN-PH kelak.

“Saya akui bahawa BN tidak bersifat ‘maksum, suci dan tulus’ seperti Pas, namun yakinlah bahawa kepimpinan kami kini sedang serius berusaha menghapuskan korupsi sama ada di dalam parti mahupun kerajaan, bagi membina semula keyakinan rakyat,” ujarnya.

Justeru, beliau mendesak DAP agar segera memohon maaf kepada BN dan mengambil tindakan tegas memecat Tony dari parti sebelum ‘nasi menjadi bubur’. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNO KEDAH ni bodoh bangang atau ketinggalan bas? ZAHID HAMIDI berbesar hati menerima FAKTA Menyamun rasuah dan MENIPU rakyat dari mulut DAP PKR kerana parti itu tidak menyebut sebagai RASMI PARTI MEREKA. UMNO KEDAH ni BEBAL DAH KENAPA? UMNO KEDAH jangan kuat main game kat gajet tu… banyakkan membaca berita… sempena Raya Haji ni Rakyat Malaysia telah ucap UCAPAN GOODBYE ZAHID HAMIDI “berkemas-kemas” untuk persediaan” turunnaik nanti…. jaga kesihatan jangan selalu SAKIT SAKIT bila dijadualkan…..

Comments are closed.