LONDON – Pemain baharu Liverpool, Dominik Szoboszlai akan menyarung jersi nombor lapan bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Pemain berusia 22 tahun itu turut mengakui bekas kapten, Steven Gerrard merupakan inspirasi dalam karier bola sepaknya.
Szoboszlai menandatangani kontrak lima tahun untuk menyertai The Reds daripada kelab Bundesliga, RB Leipzig, dua hari selepas Liverpool menghidupkan klausa pelepasannya beberapa jam sebelum ia tamat tempoh.
Dia akan menyarung jersi yang ditinggalkan Naby Keita yang sebelum ini turut ditandatangani Liverpool daripada Leipzig.
Pemain kebangsaan Hungary itu merupakan pemain kedua ditandatangani Liverpool musim panas ini.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sedang berusaha untuk memperkuatkan jentera tengah mereka selepas mendatangkan pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun bersama Argentina, Alexis Mac Allister dari Brighton. – Agensi















