Nik Saiful Adli Burhan

KOTA BHARU – UMNO Bahagian Ketereh mencadangkan Pas meletakkan ‘pahlawan’ baharunya, Tan Sri Annuar Musa sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Ketua Penerangannya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, kerusi Parlimen adalah sesuai dengan bekas pimpinan UMNO itu berbanding diletakkan peringkat liga kampung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Annuar sewajarnya diletakkan pada kedudukan yang lebih strategik dalam Dewan Rakyat kerana ia bakal memberi kelebihan kepada Pas.

“Malah ini satu-satunya peluang untuk Pas membuktikan setia kawan kepada pahlawan baharunya bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu sebagai tiket ke Dewan Rakyat.

“Pas perlu menggunakan peluang sepenuhnya malam tadi dalam Jelajah Mega PN Best di Kuala Terengganu untuk memperkenalkan Annuar sebagai calon mereka kepada pengundi,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Annuar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ketereh ketika dalam UMNO diarak ke hulu ke hilir oleh Pas sebagai penceramah utama parti itu untuk menyerang kerajaan perpaduan terutama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sememangnya, bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu diiktiraf sebagai pahlawan tidak kira dalam parti mana beliau berada kerana suaranya digeruni dan disegani lawan serta kawan.

Bahkan, kata Nik Saiful, keberadaan Annuar dalam Dewan Rakyat selama puluhan tahun telah menghidupkan dewan dengan pelbagai perbahasan.

Namun, ujarnya, itu pun jika Pas benar-benar ikhlas menyucikan dosa Annuar yang telah begitu lama dalam UMNO.

“Atau melainkan Pas menjadikannya sebagai kuda tunggangan untuk kekal berkuasa dalam PRN, kemudian bakal dikuburkan karier politiknya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. MB Kedah, Annuar Musa adalah contoh pemimpin2 Melayu masa hadapan yang perlu diketengahkan.

    Dah tak ramai dah pemimpin2 Melayu macam mereka! Kebanyakan sudah dicucuk hidung oleh ideologi liberal?

  2. kebelakangan ini semakin ramai pemimpin UMNO menonjolkan otak BODOH mereka dan menjadi celaru. akarumbi UMNO amat malu dan terhina kerana pemimpin.
    jika pemimpin UMNO senyap sehingga AKHIR PENGGAL PRU 15 dalam pelbagai perkara keadaan akan sedikit SEJUK dan tidak perlu akarumbi “malu-malu” berurusan dilapangan masyarakat.
    kenyataan RASMI UMNO mencadangkan PAS mensucikan Annuar Musa dengan cara menjadikan MP Kuala Terengganu amat menganggu moral Maruah akarumbi UMNO kerana terbukti dengan cara inikah UMNO telah “MENSUCIKAN” DAP yang merosakkan TANAH MELAYU? perkara ini terjawab SEMASA PENAMAAN CALON PRN 6 NEGERI kelak… tunggu KEPUTUSAN ZAHID HAMIDI yang memusnahkan KUASA MAJORITY sejak kemerdekaan.

    • Tak yh taip panjang2.. tak dk sapa yg nk baca. Ada depa kisah n tak kebuluq dgn nasihat hang.. pandai2 la depa nk atur parti depa.. nak timbul ka.. nak tenggelam ka.. depa tak minta sesen pun pandangan hang tu

Comments are closed.