KUALA LUMPUR – Pelakon, Syifa Melvin berkongsi berita gembira mengenai dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Menurut Instagram miliknya, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis kesyukuran dan pendedahan jantina bayi yang diadakan pada Ahad lalu.
Pelakon berusia 29 tahun itu kini sedang hamil tujuh bulan turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan bayi serta akui berasa teruja menunggu kelahiran anak sulungnya.
“Bismillahi Masya-Allah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu tak sabar nak jumpa awak, sayang,” tulisnya beserta pelekat berbentuk hati.
Untuk rekod, Syifa dan suaminya juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rashid telah berkahwin pada 28 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Terdahulu, pemain bola sepak berusia 26 tahun itu mengumumkan kehamilan isterinya setelah selesai perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon pada Jun lalu. – MalaysiaGazette