Christopher Patit

MELAKA – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas negara yang didalangi warga asing di persisir Pantai Klebang, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia hasil kejayaan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), hujung bulan lalu.

Menurutnya, serbuan dilakukan pada 28 Jun lalu adalah hasil maklumat awam dam risikan pergerakan bot mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Hasilnya, sepasukan polis dari BSJN Melaka Tengah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Marin Wilayah 2 berjaya menahan tiga suspek yang disyaki mengedar dadah melalui jalan laut.

“Hasilnya, kita berjaya menahan tiga suspek lelaki berusia antara 27 hingga 33 tahun
di dalam bot di kawasan pesisir pantai Melaka dan disyaki mengedar dadah melalui jalan laut.

“Pemeriksaan menjumpai bahan disyaki dadah jenis syabu dengan jumlah berat keseluruhan 40.76 kilogram dianggarkan bernilai RM1,345,080, untuk pasaran Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Christopher berkata, hasil ujian saringan awal ke atas semua suspek mendapati mereka positif methamphetamine.

“Semua suspek warga asing itu didapati tiada rekod jenayah lampau dan direman 14 hari bermula 29 Jun lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast