KUALA LUMPUR – Kereta GR Yaris edisi Kansai milik pelakon, Pekin Ibrahim terlibat dalam kemalangan di Putra Height dekat baru-baru ini.

Bagaimanapun, ketika kemalangan, kereta tersebut dipandu oleh rakannya.

Kemalangan berkenaan mengakibatkan keretanya yang baru sampai seminggu daripada luar negara mengalami total lost.

Meskipun kecewa namun pelakon berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua yang cuba menghubunginya dan mendoakan keselamatannya.

“Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang call, WhatsApp aku, yang DM aku bertanya khabar dan mendoakan benda yang baik-baik.

“Bukan hanya untuk aku, kita berharap doa yang baik-baik kepada sahabat-sahabat aku yang bawa kereta dan ada dalam kereta itu,” katanya.

Selain itu, Pekin juga sempat menasihati orang ramai agar berhati dan biasakan dengan jentera dan mesin milik orang lain.

“Berhati-hati di jalan raya geng. Kalau kita dapat kereta member kalau boleh cuba dulu, orang kata biasakan dengan jentera, biasakan dengan mesin. Kita kena buat macam kereta oranglah senang cerita.

“Tapi kita bukan nak blame sapa-sapa benda pun sudah jadi. Yang aku nak clear kan dekat sini, bukan aku yang bawa, semua selamat tiga orang dalam kereta tu. Cuma cederalah,” tambah Pekin lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast