Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cakap tak serupa bikin apabila menyatakan kerajaan hari ini semakin galak menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang membidas kenyataan Muhyiddin itu berkata, Pengerusi Perikatan Nasional dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lama melakukan perbuatan tersebut.

Dulu, soal beliau, siapa yang pergi pecah rumah arwah ibu ‘Bossku’ sampai tebuk atap rumah peninggalan Tun Razak di Jalan Eaton.

Bukankah Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.

“Hadaplah kifarah,” kata Isham lagi.

Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, tindakan kerajaan itu sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh parti kerajaan satu ketika dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Beliau melahirkan rasa simpati terhadap sahabatnya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Inilah wajah sebenar mereka untuk ditatap oleh rakyat.

Semalam, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayangatas dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Dua pertuduhan menghasut itu adalah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang berlangsung pada 11 Julai lalu.

Beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kes itu sehingga perbicaraan selesai. – MalaysiaGazette

Kerajaan semakin galak guna undang-undang tekan lawan politik, kata Muhyiddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Isham Jalil ni nak jadi Isham Jahil ke? Jika dulu ada yang tidak baik maka jangan diteruskan dan anggap itu kifarah. Ini seperti tiada pemimpin yang baik. Andai berlaku pertukaran pimpinan kerajaan AKAN DATANG anda sendiri didakwa maka adakah ANDA ANAKBINI menerima itu adalah kifarah? Isham Jahil ni semakin hari makin TIADA IDEA BAIK. nak tanya adakah bapa ANDA serupa JAHIL seperti ANDA? adakah DNA keturunan anda semua teruk? Isham Isham

Comments are closed.