Fahmi Fadzil. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2023.

SHAH ALAM – Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) berhubung kerusi Dewan Negeri Dusun Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Sebaliknya Menteri Komunikasi dan Digital itu hanya memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

“Saya tak ada maklumat itu,” katanya kepada pemberita di Dewan Annex, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani Selangor Zon Tengah (Petaling, Gombak dan Klang).

Semalam, media melaporkan Setiaushaa Agung DAP, Anthony Loke melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan kerusi Dewan Negeri Dusun Tua yang disandang parti itu kepada calon Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Loke berkata, pihaknya perlu akur dengan keputusan tersebut kerana telah dimuktamadkan.

Tambah Menteri Pengangkutan itu, beliau akan membincangkan perkara tersebut dalam Majlis Presiden PH, Isnin depan.

Jumaat lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu hanya bertanding di 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Untuk calon DUN Dusun Tua, BN mempertaruhkan Datuk Johan Abd Aziz manakala DUN Gombak Setia pula, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hoi Hoi Yahoi ZAHID Penyakau Penipu bersumpah tidak tahu itu suara dan surat sendiri…
    Fahmi Fadzil ni Ketua Komunikasi PKR bukan cokea… dia tidak TAHU maklumat BESAR dan PENTING… selayak jadi AJK Ranting je .. atau MENIPU… jangan MUNAFIK sudah

Comments are closed.