KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi MIC, K. R. Parthiban akan mengetuai ahli parti itu bagi membantu calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Parthiban akan mengetuai Sekretariat Kelab Penyokong Perikatan Nasional (India) bagi Zon Selangor Utara yang dilancarkan semalam.

Mohamed Azmin berkata, kepimpinan dan ahli MIC dari Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Hulu Selangor telah berikrar untuk membantu PN di zon tersebut.

Katanya, kumpulan itu akan membantu PN meraih sokongan kaum India bagi menyokong calon-calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN.

“Saya amat gembira menyaksikan sokongan masyarakat India kepada PN demi masa depan yang lebih terjamin. PN memberi jaminan bahawa anak-anak orang India akan mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan menikmati pengagihan kek ekonomi dengan adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohamed Azmin, Kelab Penyokong PN kaum India akan bergerak dan berkembang ke seluruh Selangor termasuk di Batu Caves dan Sungai Tua.

Kepimpinan MIC sebelum ini mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan sebarang calon dalam PRN di enam negeri.

Setiausaha Agung MIC, RT. Rajasekaran berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung pada 30 Jun lepas setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.

Bagaimanapun, parti kaum India itu berjanji akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Keputusan parti telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. AHLI MIC SEMUA cawangan PRK 6 NEGERI akan bersungguh-sungguh berkempen memberi UNDI untuk PN dibantu cawangan MIC dari Negeri Perak Melaka Pahang dan Johor.
    Pemimpin MIC berkata itu adalah sokongan INDIVIDUAL secara PERIBADI kepada PN dan bukan keputusan MIC Pusat kerana dasarnya MIC adalah GABUNGAN BN.
    Tunggu semua ahli cawangan MCA pula berkempen mengundi PN secara UNDI PERIBADI dan bukan keputusan MCA Pusat.
    jika KEPUTUSAN Pusat MCA MIC maka UMNO menjadi party TUNGGAL dalam BN. ZAHID HAMIDI boleh cabut UNDI untuk kekal JENAMA UMNO atau tukar nama jadi BN. DAP PKR PAN akan setarafkan party WARISAN, MUDA dan UMNO sebagai GABUNGAN, maknanya segala KEPUTUSAN muktamad adalah PH.
    ZAHID HAMIDI jangan lari… akarumbi nak beri DUKU sorang sebiji.. MKT UMNO pun kena berbaris sama untuk “merasa” DUKU tu…

Comments are closed.