Gambar yang dimuat naik Mohd Khairuddin di Facebook menunjukan beliau berada di atas katil di sebuah hospital. Gambar: Facebook Ust Dr. Khairuddin at-Takiri's

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau meminta orang ramai mendoakan kesembuhan terhadap dirinya.

Mohd Khairuddin turut memuat naik gambar beliau sedang duduk di atas katil sambil memakai baju hospital.

“Berehat sekejap di Hospital. Diharapkan doa daripada sahabat dan rakan tualan agar saya sentiasa sihat,” katanya dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, Mohd Khairuddin tidak memperincikan lebih lanjut rawatan yang diterima dan mengapa beliau dimasukkan ke hospital.

Rakan-rakannya di laman sosial berkenaan menitipkan doa dan berharap agar beliau cepat sembuh.

“Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan buat Datuk. Aamiin,” kata Mohamad Mohamad Yasin.

“Moga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah selalu,” kata Sulhaidi Sulaiman.

“Semoga cepat sembuh seperti sediakala,” kata Wan Mohd Irawan. – MalaysiaGazette