Rina Harun

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

Parti lain setakat ini terutama dari Gerakan Tanah Air (GTA) seperti Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), parti Berjasa, Pejuang dan bebas belum mengemukakan senarai calon masing-masing.

Berikut parti dan calon yang bakal bertembung dua penjuru pada 12 Ogos ini;

DUN Sungai Air Tawar, Mohamad Zaidi Selamat dari Parti Bersatu akan berlawan dengan calon UMNO, Datuk Rizam Ismail, manakala DUN Sabak, Sallehen Mukhyi (Pas) bertemu Samad Hashim (Amanah).

Datuk Rizam Ismail

DUN Sungai Panjang, Mohd Razali Saari (Pas) berlawan Datuk Mohd Imran Tamrin (UMNO); Sekinchan, Goh Gaik Meng (Bersatu-Bersekutu) Ng Suee Lim (DAP); dan Hulu Bernam, Mu’izzuddeen Mahyuddin (Pas) dengan Mohd Amran Mohd Sakir (Amanah).

DUN Kuala Kubu Baharu, Teoh Kien Hong (Gerakan) melawan Lee Kee Tiong (DAP); dan Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (Bersatu) bertemu Datuk Mohd Isa Abu Kasim (UMNO).

DUN Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin (Pas) berlawan Mohamad Khir Ramli (UMNO); Permatang, Nurul Syazwani Noh (Bersatu) dengan Mohd Yahya Mat Sahri (PKR); dan Bukit Melawati, Noorazley Yahya (Bersatu) bertembung dengan Thiban Subramaniam (PKR).

DUN Ijok, Pas meletakkan Jefri Mejan untuk melawan calon Amanah, Amidi Abdul Manan dari PKR, manakala bagi DUN Jeram, Harrison Hassan dari Bersatu bertemu dengan Datuk Jahaya Ibrahim (UMNO).

DUN Kuang, Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Bersatu) melawan Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican (UMNO); Rawang, Rejean Kumar Ratnam (Bersatu-Bersekutu) berlawan dengan Chua Wei Kiat (PKR); dan Taman Templer, Zaidy Abdul Talib (Pas) berlawan Anfaal Shaari dari Amanah.

Datuk Megat Zulkarnain Omardin

DUN Sungai Tua, Muhammad Hanif Jamaluddin (Pas) lawan Menteri Besar dari PKR, Datuk Seri Amirudin Shari; Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (Bersatu) dicabar Datuk Megat Zulkarnain Omardin dari UMNO; dan Hulu Kelang pula, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Bersatu berlawan dengan Juwairiya Zulkifli dari PKR.

DUN Bukit Antarabangsa, Sasha Lyna Abdul Latif (Bersatu) lawan Mohd Kamri Kamaruddin (PKR); Lembah Jaya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Pas) lawan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PKR).

DUN Pandan Indah, Fazil Mohamad Dali (Bersatu) lawan Ir. Izham Hashim (Amanah); Teratai, Chew Han Keai (Bersatu-Bersekutu) lawan muka baru DAP, Yew Jia Haur; Dusun Tua, Azhar Hambali (Bersatu) lawan Datuk Johan Abd Aziz (UMNO); dan Semenyih, Nushi Mahfodz (Pas) lawan Wan Zulaika Anua (UMNO).

DUN Kajang, Liew Sin Kim (Bersatu-Bersekutu) bertemu David Cheong (PKR); Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah (Pas) bertemu Mazwan Johar (Amanah); dan Balakong, Lai Choon Wen (Bersatu-Bersekutu) bertemu Ong Chun Wei (DAP).

Bagi DUN Seri Kembangan, PN belum kemukakan nama calon, tetapi daripada Bersatu-Bersekutu yang akan berlawan calon dari DAP, Wong Siew Ki; Seri Serdang pula, Mohd Shukor Mustaffa (Bersatu) melawan Abbas Salimi Azmi (Amanah).

DUN Kinrara, Wong Yong Kang (Bersatu-Bersekutu) berlawan penyandang DAP, Ng Sze Han; Subang Jaya, Gana Pragasam Sebastian (Bersatu-Bersekutu) melawan Michelle Ng Mei Sze (DAP).

Ng Sze Han

Seri Setia, Pas meletakkan Mohd Zubir Embong untuk melawan Fahmi Ngah dari PKR; Taman Medan, Afif Bahardin (Bersatu) melawan Ahmad Akhir (PKR); dan Bukit Gasing, Nallan Dhanabalan (Gerakan) melawan R Rajiv (DAP).

DUN Kampung Tunku, Chin Yoke Kheng (Bersatu-Bersekutu) berlawan Lim Yi Wei (DAP); Bandar Utama, Nur Aliff Mohd Tafid (Gerakan) melawan calon Melayu DAP, Jamaliah Jamaluddin; dan Bukit Lanjan, Muniraa Abu Bakar (Gerakan) melawan Phua Pei Lei (PKR).

DUN Paya Jaras, Ab. Halim Tamuri (Pas) melawan bekas Exco, Datuk Mohd Khairuddin Othman (PKR); Kota Damansara, Mohd Radzlan Jalaludin (Bersatu) melawan Amin Yazid (PKR).

DUN Kota Anggerik, Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar melawan penyandang, Najwan Halimi (PKR), manakala Batu Tiga menyaksikan Datuk Seri Rina Mohd Harun dari Bersatu melawan muka baharu dari Amanah, Danial Al Rasyid.

Mohamed Sukri Omar

DUN Meru, Hasnizam Adham dari Bersatu bertanding melawan Mariam Abdul Rashid (Amanah); Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh (Pas) melawan Erni Afrishah Azizi (PKR); dan Selat Klang, Abdul Rashid Asari (Bersatu) melawan Datuk Roslee Abd Hamid (UMNO).

DUN Bandar Baru Klang, Tan Seng Huat (Gerakan) melawan Quah Perng Fei (DAP); Pelabuhan Klang, Wan Hasrina Wan Hassan (Pas) melawan penyandang, Azmizam Zaman Huri (PKR); dan Pandamaran, Gunalan Balakrishnan (Bersatu-Bersekutu) melawan Leong Tuck Chee (DAP).

DUN Sentosa, Parameswaran Ganason (Gerakan) lawan Gunarajah R George (PKR); Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu) bertemu penyandang, Zawawi Ahmad Mughni (PKR); dan Kota Kemuning, Chew Jyh Gang (Gerakan) lawan S Preakas (DAP).

DUN Sijangkang, penyandang, Datuk Ahmad Yunus Hairi (Pas) dicabar Mohd Al-Hafizi Abu Bakar (UMNO); Banting, Saravanan Mutto Krishnan (Gerakan) melawan V Papparaidu (DAP); dan Morib, Rosnizan Ahmad (Bersatu) melawan penyandang, Hasnul Baharudin (Amanah).

DUN Tanjong Sepat, Sabirin Marsono (Pas) lawan Borhan Aman Shah (PKR); Dengkil, Jamil Salleh (Bersatu) lawan Noorazli Said (UMNO); dan Sungai Pelek, Suhaimi Mohd Ghazali (Bersatu) melawan Lwi Kian Keong (DAP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast