encalonan Bell Ngasri menjadi tular apabila dia dikatakan tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya 30 tahun dalam dunia seni.

KUALA LUMPUR – Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000.

Sumbangan tersebut daripada pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan hari ini.

Penyerahan kereta disampaikan oleh Penyampai Hot FM, Khairy Jamaluddin atau KJ yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DTC Motors, Afendy Wahid.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri,43 ketika diminta mengulas  tidak menyangka akan menerima hadiah tersebut.

“Saya langsung tidak sangka akan dapat kereta kerana hadiah yang saya terima iaitu Bintang Paling Popular itu sudah cukup besar buat saya.

“Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa saya tak dapat hadiah kereta seperti yang pernah diterima pemenang terdahulu, saya tak pernah ambil peduli pun kata-kata seperti itu,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Afendy menyatakan kesudian menghadiahkan Bell sebuah kereta atas kejayaan beliau merangkul trofi Bintang Paling Popular.

Bell yang mula berlakon sejak 1986, menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli dalam kategori berkenaan.-MalaysiaGazette