Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman

SEREMBAN – ‘Perang’ kempen pilihan raya antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menyerang peribadi disifatkan contoh politik tua dan lapuk.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, situasi menyedihkan antara Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR dan Sanusi sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu tidak sepatutnya dibudayakan dalam landskap politik negara ini.

“Sebab tu dalam bab ini sedihlah kerana akhirnya inilah contoh politik lapuk, politik tua dan politik lama yang akhirnya pimpinan muda parti mereka pun melihat adakah ini cara kita nak naik.

“Kita membudayakan dan menormalisasikan politik lapuk sebegini, walhal sepatutnya dalam kita berpolitik jangan putuskan jambatan silaturrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membantu kempen calon tunggal MUDA di Negeri Sembilan yang bertanding bagi kerusi DUN Temiang, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Muar itu berkata, pemimpin masyarakat dan parti seharusnya menjaga kata-kata dan bertanding secara sihat dalam PRN tanpa menyerang isu peribadi lawan. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast