LONDON – Manchester United dilaporkan semakin serius untuk mendapatkan pertahanan OGC Nice, Jean-Clair Todibo di pasaran perpindahan musim panas ini.
Menurut laporan pakar perpindahan, Fabrizio Romano, nama pemain berusia 23 tahun berada dalam senarai sasaran United namun kelab itu perlu terlebih dahulu melepaskan Harry Maguire.
“Pihak United juga dilaporkan telah menjalin komunikasi dengan pihak tertentu untuk diberitahu mengenai syarat perjanjian untuk mendapatkan Jean Clair Todibo.
“Setakat ini United belum melakukan apa-apa tawaran terkait pemain ini kerana mereka masih menunggu tawaran masuk untuk Maguire,” tulis di media sosialnya.
Todibo ketika ini masih mempunyai kontrak jangka masa panjang dengan OGC Nice.
Pemain dari Perancis itu masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2027 bersama kelab Ligue 1 itu. – Agensi