Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah menasihati pesawah agar mengambil kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik kepada RM500 per metrik tan oleh kerajaan berkuatkuasa esok.

Bagaimanapun, , Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) menyarankan mereka tetap memberi undi kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ini kerana, katanya, sekiranya memberi undi kepada kerajaan, ia boleh disifatkan sebagai rasuah pilihan raya.

“Itulah bagi pesawah-pesawah tentu ucap terima kasih tetapi saya hendak pesan kepada pesawah, duit itu dapat dan terima, tetapi undi PN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Program Mai Sat Bersama Menteri Besar Kedah di Taman Tunku Yaakob di Alor Setar hari ini.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu, Radhi Mat Din.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar SSHP daripada RM360 per metrik kepada RM500 per metrik tan berkuatkuasa esok.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak .

Anwar berkata, peningkatan subsidi sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berpendapat, pengumuman kadar kenaikan subsidi itu tidak sepatutnya dibuat menjelang PRN.

Menurut beliau, ia jelas menggambarkan sebagai ‘pembelian undi’ dan rasuah untuk golongan petani.

“Tidak patutlah, sebab apa kalau tidak ada pilihan raya tidak boleh buat ke? Hang buatlah di luar pilihan raya. Ini nampak sangat, sudah gaharu cendana pula.

“Bolehlah (bagi), kalau kata tak boleh bagi nanti pesawah marah kita. Pesawah padi boleh ambil duit itu tetapi undi PN.

“Kalau ambil duit itu dan undi dia (kerajaan), nanti duit itu jadi rasuah pilihan raya. Jadi untuk elak undi rasuah pilihan raya, undi PN. Halal duit, sama dengan pembelian undi oleh calon-calon PH, saya dapati ada juga berjalan seluk poket dan beri kat orang.

“Menjelang hari pengundian mungkin ada lagi ada lagi pembelian (undi) itu. Siapa yang beri duit kepada kita, undi lawan dia. Kalau UMNO bagi, undi PN,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Aikkk bukan PAS yg rasuah pengundi mcm di parlimen Kuala Terengganu? Kalau kau duit halal..kalau org lain duit haram? Samalah dgn Muhyidin kaki sakau tu..org lain rasuah lah..perompak laa..kalau tang dia..derma..sedekah..tak mcm musibat punya perangai

Comments are closed.