Bengkel Intensif Muzik Rakan Usahawan MuzikXpress-Peringkat-Kuala-Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau IRAMA telah dilantik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Jabatan Pembangunan Rakan Muda untuk menjadi Pelaksana Program Bengkel Intensif Muzik Xpress baru- baru ini.

Program pertama telah dilaksanakan pada 22 Julai lalu di Kompleks Rakan Muda Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Rakan Muda telah dilancarkan semula pada 25 Jun 2023 lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkukuh jenama Rakan Muda menerusi 10 Gaya Hidup yang diberikan nafas baharu dan menyerlahkan potensi generasi belia menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif.

Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada persatuannya untuk menjadi salah satu rakan strategik perlaksana di dalam kluster Rakan Muzik yang merupakan antara kluster terbaru yang diperkenalkan.

“Sesungguhnya perlantikan ini adalah suatu penghargaan kepada ahli-ahli IRAMA yang merupakan pelaku, penggiat dan pelabur industri muzik Malaysia kategori kendiri tempatan (local indie),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ayob yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Industri Muzik Malaysia (Music Malaysia) berterima kasih kepada kepada KBS di atas perlantikan dua lagi ahli Music Malaysia iaitu Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME) dan Pertubuhan Republik Muzik yang turut bersama mengisi program perlaksanaannya.

“IRAMA melihat perkembangan ramainya anak-anak muda menyertai industri muzik menerusi medsos terutamanya TikTok, Instagram, Youtube dan Facebook termasuk Smule, Wesing dan lain-lain merupakan suatu fenomena yang baik, namun ilmu dan pengetahuan berkenaan industri perlu juga dikongsi bersama agar mereka mengambil peluang untuk terus kekal dalam industri, dan paling dielakkan dapat menghindari manipulasi’ penipuan dan kesilapan dalam membuat keputusan sehingga peluang-peluang berekonomi dikaut oleh pihak-pihak lain,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Ayob, nilai industri ini besar dan lumayan tapi tidak semuanya pergi semula kepada pelaku dan penggiat seni.

“Mungkin ada yang tertanya-tanya, susah sangat ke nak jadi penyanyi? Susah sangat ke nak join bisnes muzik? Ramai yang berjaya kat media sosial sekarang, kenapa perlu masuk bengkel lagi?

“Glamour adalah penting namun untuk terus konsisten, ilmu dan pengetahuan adalah lebih penting agar tidak diperkotak-katikkan oleh pihak yang sentiasa mencari peluang di atas kenaifan pelaku, penggiat dan pelabur terutamanya dalam bab ekonomi.

“Cukup-cukuplah kita mendengar masalah royalti yang dialami oleh waris-waris Allahyarham P. Ramlee dan ramai lagi tentang masalah kontrak, tak daftar hakmilik ciptaan lagu atau rakaman dan tak dapat bayaran royalti persembahan awam, kolaborasi dan syncronzing di platform digital dan streaming dan lain-lain.

Akhirnya faktor ekonomi penyumbang kepada kehidupan kepada pelaku dan warisnya.

“Nilai industri ini besar dan lumayan tapi tak semuanya pergi semula kepada pelaku dan penggiat, jadi bersamalah kita beringat tentang hal ini,” jelas Ayob

Bengkel ini menyasarkan belia yang berbakat dan berminat dalam nyanyian, pemuzik dan penciptaan lagu/lirik sama ada yang baru mahu mencuba atau telah pun bermula yang memasuki bidang ini secara hobi atau ingin menjadikan bakat tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sasarannya menjadi objektif utama Rakan Muzik dan IRAMA cuba menyampaikan pengalaman ahli-ahlinya kepada belia-belia berbakat menerusi kaedah menimba pengalaman, bersemangat dan bermakna seperti saranan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di acara perasmian Rakan Muda baru-baru ini.

Bagi mengelakkan salah faham atau pertindanan fokus sesama Perlaksana yang lain (MAME fokus kepada pendidikan muzik dan REPUBLIK MUZIK kepada persembahan harmony esemble) IRAMA menambah tajuk kepada Bengkel Intensif Muzik kepada MuzikXpress agar lebih sesuai dengan fokus kepada asas industri muzik.

Ini adalah kerana modul bengkel bukanlah sebuah bengkel mengajar bermain muzik sahaja malah lebih kepada berkongsi sembang santai perjalanan membawa bakat ke dalam industri.

Modul bengkel adalah bermula dari pengenalan muzik, mengenal bakat, tips dan panduan mencipta lagu mudah menggunakan satu family kord, setup asas home studio bagi rakaman digital (bilik kecil di rumah), pendaftaran ID code setiap lagu bagi tujuan digitalisasi, daftar hakmilik lagu, rakaman dan pelaku, monetize lagu di semua platform digital streaming (DSP, promosi dan lain-lain.

Modul ini diasaskan oleh Rozman Abas (Pemilik label Loonaq Records dan platform digital www.IslamicTunes.net dan sifu muzik popular iaitu Othman Masri atau lebih dikenali dengan nama Man Senoi yang antara produknya yang popular adalah membentuk, menerbit dan mencipta lagu untuk kumpulan 4U2C dan Shades yang kini dikompilasikan dalam label beliau Music Man Entertainment Malaysia.

Panelis lain adalah Sheikh Qalam, pemilik label di bawah Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. yang dulu pernah bertugas di banyak syarikat rakaman international seperti Sony Music, Warner Music dan pernah juga menjadi individu awal menguruskan artis-artis Akademi Fantasia di bawah label Astro dan Ayob sendiri yang lebih dari 35 tahun berpengalaman sebagai pengurusan artis dan promosi serta ejen persembahan di Pony Canyon Records, Sony Music dan lain-lain.

Modul bengkel adalah bermula dari pengenalan muzik, mengenal bakat, tips dan panduan mencipta lagu mudah menggunakan satu family kord, setup asas home studio bagi rakaman digital (bilik kecil di rumah), pendaftaran ID code setiap lagu bagi tujuan digitalisasi, daftar hakmilik lagu, rakaman dan pelaku, monetize lagu di semua platform digital streaming (DSP, promosi dan lain-lain. – MalaysiaGazette