JAKARTA – Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia menahan dua bot nelayan yang berdaftar di Malaysia yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan wilayahnya di Selat Melaka.

Kedua-dua bot itu dikesan semasa rondaan di koordinat 03º07’814”N-100º41’911”E dan 03º07’501”N-100º41’426”E, masing-masing pada 3.15 pagi Khamis.

Lapan kru warga Indonesia ditahan, 1.4 tan ikan dirampas manakala peralatan pukat tunda dirampas, menurut Ketua Pengarah Sumber Marin dan Perikanan Laksamana Muda Dr Adin Nurawaluddin.

“Disyaki kedua-dua bot ini menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang, yang amat merosakkan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mereka telah dibawa ke Pemantauan Sumber Marin dan Perikanan Dumai di Riau untuk siasatan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast