Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad mendakwa Pas Kedah terpaksa memalsukan video bagi menunjukkan sokongan rakyat Johor kepada parti itu.

Menerusi hantaran di Facebook, veteran UMNO itu
dipercayai merujuk kepada suntingan video yang didakwa dilakukan penyokong Pas dan tular di media sosial.

“Kasihan bagi Hero Pas Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Datang ke Johor hendak kuburkan UMNO.

“Nak menunjukkan kononnya orang Johor menyambut kedatangannya dengan hebat, terpaksa penyokongnya palsukan video,” katanya di laman sosial hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman membabitkan satu ceramah di ibu negara yang telah disunting bagi menggambarkan ketibaan Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas berkata, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Johor akan menjadi medan untuk menguburkan UMNO.

PRK tersebut adalah bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Dalam pada itu, secara sinis Shahrir berkata, bukan cara Islam membuat suntingan video bagi tujuan menipu orang ramai.

“Ini bukan cara orang Islam. Ini cara orang Pas menipu. Yang bertanding calon-calon Parti Amanah. Semuanya rakan-rakan lama dalam Pas dulu,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. jika PAS menipu kenapa umNONGOK dan P akatan Hancing PELIWAT naik angin dan GELABAH

    Rujuk statement orang TAKBUR DAN pemFITNAH

    ANWAR MUNAFIK..PAS TERIMA RM90JUTA dari umnoNGOK,,,,PRU 15 TERIMA DANA TOKEH BABI JUDI
    KEDAH dalam GENGAMAN 19 DUN…MAHMPOS OMAR
    YAKIN MENANG 6.0 AHMAD MASLAN
    TIDAK ADA DUN GELOMBANG HIJAU DI PPINANG
    ZAHID MUNAFI KUMUNKAN RASUAH BESAR2an d TRENGGANU

    UMNGOK MENYEMBAH PADA DAPIGS d PERAK dn PAHANG UTK JADI MB wlaupun telah HILANG TELOR kemaluan
    P akatan H ancing munafik meneruskan BUDAYA Umnongok dalam plihanraya menggunakan agensi kerajaan media dan tabur rasuah peruntukan

  2. video palsu… tunggu PDRM siasat dan dakwa. jika ahli PN biar mereka tanggung akibat dan jika itu dibuat oleh musuh PN??? UMNO dan ZAHID HAMIDI kena buat pekak dan dunggu… baru nampak macho… dan TEBAL MUKA.

Comments are closed.