Produk Mixberry edisi baharu kini telah berada di pasaran.

KUALA LUMPUR – Syarikat tempatan yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit, Laurel B menyasarkan dapat menjual produk keluarannya edisi baharu iaitu Mixberry sebanyak 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengasasnya, Wan Nur Siti Aishah Wan Hasan berkata, keyakinan itu bersandarkan penambahbaikan yang dijalankan ke atas produk itu menerusi penyelidikan dan kajian selama setahun dengan menggunakan kandungan berkualiti tinggi.

Beliau berkata, selain itu, permintaan turut mencatatkan jualan luar biasa sebanyak 10,000 unit selepas produk tersebut tidak sampai sebulan berada di pasaran.

“Bagi meningkat jualan, kami menggunakan konsep reseller di mana ketika ini terdapat lebih 2,000 reseller yang aktif menjalankan perniagaan Mixberry di media sosial.

“Kebanyakan mereka adalah pelajar dan suri rumah yang kini berjaya memperolehi pendapatan tambahan tanpa perlu keluar bekerja dari rumah,” katanya pada majlis pelancaran edisi Baharu Mixberry, semalam.

Selain produk suplemen itu, Laurel B yang sebelum ini dikenali Shalicious Empire telah mula beroperasi di negara sejak 2017 dengan menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit muka.

Sehingga kini, lebih 1 juta produk Mixberry telah terjual di pasaran.

Mengulas lanjut, Wan Nur Siti Aishah turut memberitahu, Laurel B akan kekal aktif untuk mempromosikan rangkaian produknya di Indonesia selepas menembusi pasaran negara jiran itu sejak 2019.

Beliau berkata, ini adalah inisiatif syarikat untuk komited meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa ekoran Indonesia itu memiliki beberapa faktor yang bersesuaian untuk memenuhi misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.

“Sebenarnya, potensi pasaran bagi produk penjagaan kesihatan dan kulit di luar negara amat luas di mana permintaan daripada pelanggan semakin bertambah kini.

“Justeru kami merancang untuk menembusi pasaran Singapura dan Brunei dalam usaha merebut peluang ini untuk meningkatkan lagi jualan Syarikat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast