Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – DAP menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu meminta Pas membuang Islam sepanjang kerjasama politik sama ada semasa dalam Barisan Alternatif (BA) mahupun Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, ketika itu, pendirian DAP konsisten dengan isu-isu dipersetujui bersama tetapi mengambil pendekatan “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam perkara tidak mencapai konsensus.

“Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di satu ceramah di Johor semalam sekali lagi memfitnah kononnya pimpinan DAP meminta Pas membuang Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara Pas dan DAP.

“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui DAP ialah pelaksanaan hukum hudud. DAP konsisten perkara ini kerana ia tidak berlandaskan sistem undang-undang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapannya dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) DUN Simpang Jeram, Johor mendakwa DAP meminta Pas agar membuang Islam dalam perjuangan parti Islam itu.

Menurut Abdul Hadi, permintaan DAP itu kerana parti itu tidak boleh menerima pentadbiran Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Anthony mengingatkan Pas bahawa selain DAP, orang yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam! Tun Dr. Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan.

“Mengapa hanya DAP sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai musuh Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai punching bag dalam percaturan politik mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. KERANA IKUT TELUNJUK DAN MENYEMBAH DAPIGS….MAT SABU DAN KUMPULANNYA MENINGGALKAN JEMAAH…lantaran mereka dilobi utk menang dalam muktmar;;;;selepas gagal tubuhkan panKHIANAT

  2. MAT SABU dan PanKHIANAT membisu dengan salakan Karpal singh….langkah mayatnya utk laksanakan HUDUD dan NEGARA islam

Comments are closed.