Jais Sardey hadir di majlisnPenerangan Isu Semasa Anda Tanya, Saya Jawab di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat malam tadi.

JOHOR BAHRU –  Masih ada ahli UMNO yang kurang jelas dengan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh DAP.

Ketua penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata, kekeliruan yang berlaku ini boleh menyebabkan ramai ahli yang hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), sekali gus merugikan UMNO.

Sehubungan itu, beliau berkata, ahli UMNO perlu jelas dengan asas penubuhan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan lima gabungan iaitu PH, BN, Parti Warisan Sabah (Warisan), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Di dalam gabungan itu, terdapat 19 parti termasuk parti komponen BN iaitu MIC dan MCA.

“Kkeputusan untuk bekerjasama dengan PH membentuk Kerajaan Perpaduan bukan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya ia keputusan parti.

“Keputusan penyatuan gabungan itu disebabkan untuk membentuk kerajaan setelah tidak ada parti yang memperoleh majoriti mudah, jadi tak boleh kata kita bergabung dengan DAP, itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada program Penerangan Isu Semasa Anda Tanya, Saya Jawab di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini malam tadi

Katanya lagi,tanggapan salah itu adalah naratif yang dibawa oleh musuh UMNO dengan niat untuk melagakan sesama ahli.

Oleh itu, semua harus  memahami dengan jelas asas gabungan tersebut, ujarnya. -MalaysiaGazette