Nga Kor Ming

PUTRAJAYA – Presiden Parti Ikatan Demoktarik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicadang supaya mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan bagi membincangkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkembangan kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, perbincangan secara bersemuka lebih profesional selain membuat kenyataan terbuka kepada media untuk membantah perkembangan kes mahkamah yang melibatkan Presiden UMNO itu.

“Berkaitan pendirian MUDA, saya rasa baik supaya Syed Saddiq bincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Beliau merupakan antara Ahli Parlimen menyokong kerajaan, maka, selain menerusi media, beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan itu lebih profesional,” katanya pada sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Penubuhan Majlis Ekonomi Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Syed Saddiq bahawa MUDA tidak teragak-agak untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam kerajaan perpaduan, selepas mahkamah melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskannya.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, keputusan kes Zahid “melanggar garis merah” dan menggesa kerajaan bertindak atas tuntutan MUDA, antaranya mahu Zahid didakwa segera.

Dalam perkembangan sama, Nga yang juga menteri Perumahan Kerajaan Tempatan meminta bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan berhubung tindakan pendakwaan memberhentikan prosiding yang mendorong kepada keputusan melepas tanpa bebas Ahmad Zahid.

“Saya rasa yang perlu jawab adalah mantan peguan negara Idrus, semua pihak wajib faham Perlembagaan 145(3) telah memberi kuasa mutlak, budibicara mutlak kepada Peguam Negara sama ada untuk buat pertuduhan, penarikan pertuduhan ataupun apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah.

“Polis hanya punyai kuasa siasat, yang ada kuasa dakwa Peguam Negara, sepatutnya dijawab Idrus mengapa dia tarik balik, saya rasa itu Peguam Negara kena jawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. orang DAP KELIRU dengan Nga Kor Ming. beberapa hari lepas dia MAHU Ahmad JAHID disumbat. Tapi menyokong ZAHID HAMIDI tidak didakwa dan gugurkan Kes. orang PKR juga pening-pening siapa sebenarnya AHMAD JAHID PENJENAYAH yang mahu disumbat ke penjara? jika ZAHID HAMIDI PASTI bukan orang itu kerana Nga Kor Ming membelanya.. siapa ya yang DAP maksudkan

Comments are closed.