Dr Cute International kini memiliki hampir 300 usahawan di bawahnya/

KUALA LUMPUR – Syarikat produk kecantikan kulit tempatan, Dr Cute International menyasarkan jumlah jualan syarikat itu mampu mencecah RM6 juta pada akhir tahun ini berbanding RM2.8 juta pada tahun lalu.

Pengasasnya, Dr Abdullah Alias berkata, peningkatan hampir tiga kali ganda itu berdasarkan keyakinan itu jumlah jualan semasa telah melebihi RM4 juta dan pelancaran produk terbaharu di pasaran baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikatnya akan terus komited mengetengahkan produk-produk kecantikan yang premium dan selamat secara meluas ke seluruh negara dan luar negara pada masa akan datang.

“Ditubuhkan sejak lima tahun lalu, kami telah melangkaui jenama tempatan malah telah menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti di Singapura dan Brunei.

“Dan Dr Cute terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan selamat dan premium ke seluruh dunia terutamanya menerusi platform media sosial.

“Formulasi produk kami menekankan pada kepentingan dari segi kualiti, dihasilkan daripada bahan-bahan yang premium dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami,” katanya pada majlis pelancaran produk terbaharu yang kelapan iaitu Glow-Up Tinted Sunscreen, baru-baru ini.

Abdullah yang mempunyai pengalaman dalam kecantikan dan penjagaan kulit menambah, beliau akan meneruskan konsultansi dan solusi kecantikan di platform media sosial seperti TikTok dan Facebook yang telah menjadikan beliau sebagai rujukan kepada ribuan peminat kecantikan.

Jelas beliau, ini kerana segelintir masyarakat mula sedar tentang bahaya produk merkuri dan beralih ke produk kecantikan organik dan selamat selain mahu menyampaikan tips tentang kecantikan terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk menjaga kecantikan.

Dr Abdullah Alias.

“Sebenarnya masyarakat turut perlu mengambil kira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri.

“Selari dengan kesedaran kecantikan secara selamat, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang,” katanya.

Sementara itu, Abdullah bekata, Glow-Up Tinted Sunscreen merupakan asas dalam pemakaian solekan yang diformulasikan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah, melembapkan serta memberikan efek glowing.

Kata beliau, ia mengandungi bahan-bahan aktif seperti titanium dioxide, alpha arbutin dan hyaluronic acid dan turut berfungsi sebagai pelindung matahari kerana  memberikan perlindungan daripada cahaya matahari dengan SPF50 dan PA+++.

“Di samping itu, produk ini turut bertindak sebagai serum, pelembap dan asas solekan yang  enjadikan Glow-Up Tinted Sunscreen ini sebagai produk kecantikan dan solekan lima dalam satu,” katanta.

Didatangkan dalam tiub dan pembungkusan eksklusif dan mewah, harga untuk seunit Glow-Up Tinted Sunscreen dengan isipadu 20 gram adalah RM89. – MalaysiaGazette