Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf .

KUALA LUMPUR – Sustainable Development Growth (SDG) 2030 perlu dijadikan sebagai panduan untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menjayakan hala tuju pembangunan negara selepas pasca pandemik Covid-19..

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, RMK-12 ketika ini sangat kritikal untuk menilai semula pelbagai komponen penting dalam merancangan kewangan dan pembangunan negara.

Tambah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu, hala tuju pembangunan negara 2021-2025 juga perlu menekankan ciri High Growth, High Value (HGHV) untuk peralihan model ekonomi bersih dan mampan.

Selain SDG, Sustainable Responsible Investment (SRI) serta elemen berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga penting bagi mencetuskan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Struktur ekonomi bersih dan hijau perlu dibangunkan bersama dan diperkukuhkan kerana sekian lama paradigma pertumbuhan dipacu oleh keinginan laba keuntungan material tanpa menilai impak alam, manusia dan ketelusan.

“Sistem sokongan seperti bank dan pelabur perlu bergerak kearah risiko dan peluang berpandukan pelaporan impak alam, sosial dan ketelusan. Amalan BVI iaitu Base Value Investment perlu diperluaskan dan dibudayakan sehingga menjadi budaya korporat yang baru dikalangan pemain industri.

“Akhirnya matlamat melahirkan masyarakat yang aman, saksana dan inklusif adalah refleksi kepada kejayaan RMK-12. Untuk itu mengawal segala nilai yang kontra dengan mencapai hasrat di atas adalah sama penting dengan RMK-12,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mujahid yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini juga berkata, sekiranya RMK-12 tidak selari dengan SDG, beliau bimbang pertumbuhan negara akan goyah.

“SDG Malaysia dipantau melalui National SDG Council dan kini berada dalam fasa ke-2 (2021-2025). Malaysia perlu meningkatkan komitmen mencapai agenda SDG 2030 kerana melalui SDG Report 2023, kedudukan Malaysia masih di tahap sederhana pada senarai 78 dari 193 negara.

“Pertumbuhan dalam RMK-12 mesti dipacu dalam kerangka SDG jika benar hasrat pembangunan mampan ingin dicapai. Tanpa pengukuhan SDG dalam RMK-12, hala tuju pertumbuhan negara seolah hilang arah dan mungkin tersasar dari landasannya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast